PENGENALAN



Ø  14 NOVEMBER 2007



       Cadangan penubuhan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) telah dikemukakan dalam Mesyuarat Profesional KPM, iaitu berkaitan dengan Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) yang banyak tidak digunakan di seluruh negara. Bahagian Pendidikan Guru yang bertanggungjawab memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru dicadangan supaya mengubahsuai beberapa buah KIP untuk dijadikan sebagai PLGDP.

 Ø  23 JULAI 2008



          Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM bersetuju BPG mengambil alih KIP Bandar Tenggara, Johor serta 3 KIP lain di Pahang, Perak dan Kedah.

Ø  19 SEPTEMBER 2008




           Majlis Penyerahan Kunci dan Dokumen KIP Bandar Tenggara kepada BPG oleh Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin, Pengarah JPN Johor kepada Dato' Misrah bin Ibrahim, Pengarah Pendidikan Guru. Pada masa yang sama Pengarah BPG telah menyerahkan kunci dan dokumen berkenaan kepada Tn. Hj. Mohd. Said bin Hasran, Pengarah IPGKTI sebagai pihak yang akan menguruskan pengoperasian PLGDP bagi pihak PLGDP.

Ø  17 FEBRUARI 2009

         PLGDP mula beroperasi. Tiga orang pensyarah dari Kampus Temenggong Ibrahim iaitu Tn. Hj. Abdullah Zhidi bin Omar (Ketua Penyelaras), En. Mohd. Syafik Bin Abdullah (Penyelaras Latihan) dan Tn. Hj. Nordin Monel (Penyelaras Kemudahan dan Paralatan) serta dua orang staf sokongan iaitu Norshazazila bt. Zulkifli (N17) dan Fadhylah bt. Abdul Samat (N1) di lantik menguruskan pengoperasian di PLGDP Bandar Tenggara. Kursus Asas Gimnastik dengan seramai 28 orang peserta merupakan kursus pertama yang diadakan di PLGDP.

Ø  20 APRIL 2010






Lawatan Dato' Asariah Mior Saharuddin, TKPPM ke PLGDP Bandar Tenggara.

Ø  12 JULAI 2010



Lawatan Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPGM, KPM ke PLGDP Bandar Tenggara.

Ø   8 JULAI 2013



          Majlis Penyerahan Rasmi Urusan Hal Ehwal Peantadbiran Dan Pengurusan PLGDP Bandar Tenggara daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim kepada BPG oleh Tn. Hj. Abdullah Zhidi bin Omar (Ketua Penyelaras PLGDP, IPGKTI) kepada En. A.Hamid bin Ismail (Ketua Pusat PLGDP, BPG) dan disaksikan Pengarah BPG, Dato' Mohd Ghazali bin Ab. Rahman dan PEngarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Mohd Said bin Hasran.

Ø   9 JULAI 2013 

          Bermulanya pengoperasi PLGDP di bawah BPG. PLGDP Bandar Tenggara di tadbir oleh Ketua Pusat iaitu Encik A.Hamid bin Ismail yang dilantik BPG dan dibantu staf sokongan iaitu Cik Norzaini binti Kasmuri (N27), Encik Mohamad Tahir bin Jaafar (N17) dan Cik Nur Aqilah binti Abdul Ghani (N17).




Tiada ulasan: