Assalammualaikun dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara kini telah di letakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sebelum ini PLGDP Bandar Tenggara adalah di bawah kuasa Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. perubahan struktur ini bermula pada tahun 2020.
Di dalam struktur organisasi JPN Johor, PLGDP Bandar Tenggara diletakkan di bawah Unit Pengurusa Bakat, Sektor Sumber Manusia. Seorang pegawai telah dilantik untuk menguruskan PLGDP Bandar Tenggara dengan Jawatan Penolong Pengarah Pengurusan Bakat (Sumber Manusia). Beliau bertanggungjawab terhadap segala pengurusan dan perjalanan PLGDP Bandar Tenggara.
Kami di PLGDP Bandar Tenggara amat mengalu-alukan semua agensi dalam Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan agensi-agensi kerajaan lain untuk memanfaatkan kemudahan yang terdapat di PLGDP Bandar Tenggara ini. Semoga PLGDP Bandar Tenggara akan terus menjadi ejan dalam memajukan pendidikan di negeri Johor. "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera".
Sekian, terima kasih.
Mohd Asmawi Bin Ab Rasip
Penolong Pengarah Pengurusan Bakat
Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri Johor